Kita sangat menitikberatkan perihal penyakit kronik seperti hipertensi, kencing manis dan strok. Namun kita sering terlupa ubat cacing dewasa juga penting untuk diambil! Ini kerana ada cacing yang suka menyelinap masuk dan mencuri nutrisi mikro dan mineral menyebabkan simptom seperti kurang sel darah merah (anemia), sakit perut dan gatal pada bahagian dubur. Ini bermakna bukan kanak-kanak sahaja yang perlu mengambil ubat cacing secara kerap.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Penyakit kecacingan, sering diambil mudah !
Fakta yang semua perlu tahu adalah orang dewasa tidak terlepas daripada terkena jangkitan cacing, terutamanya jika mereka mempunyai penyakit yang melemahkan imuniti badan seperti kencing manis dan penyakit autoimun.
Di negara membangun, masalah kecacingan merupakan masalah yang biasa berlaku.
Ia terjadi disebabkan oleh sistem sanitasi yang mundur, kebersihan diri yang tidak dijaga, tidak memakai selipar ketika berjalan di atas permukaan kotor dan memakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Simptom yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti adalah kurang sel darah merah, susut berat badan dan kelesuan.
Majoriti daripada simptom tersebut berpunca daripada kekurangan zat makanan kesan daripada pengambilan mineral dan zat tersebut oleh cacing yang berperanan sebagai parasit.
Simptom seperti kekurangan sel darah merah juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalaman kronik yang disebabkan oleh cacing tersebut.
Ada juga individu yang mengalami simptom disebabkan oleh rembesan bahan toksin oleh cacing tersebut.
Mereka, kebiasaannya, akan mengalami keresahan, ruam, loya, muntah dan cirit-birit.
Jika tidak dirawat dengan baik, cacing tersebut boleh membiak dengan banyaknya, menyebabkan simptom menjadi semakin teruk seterusnya menurunkan tahap kesihatan individu tersebut.
Mitos: Kanak-kanak sahaja yang perlu makan ubat cacing
Masalah kecacingan boleh berlaku kepada mana-mana individu. Ia kebiasaannya, menjangkiti populasi kanak-kanak berikutan kurang kesedaran terhadap penjagaan kebersihan dan sistem pertahanan tubuh yang lemah.
Bagi orang dewasa pula, jika mereka tidak dirawat dengan ubat cacing dewasa, mereka boleh menyebarkannya kepada individu yang lain melalui sentuhan atau suapan makanan.
Organ yang terlibat bukanlah usus sahaja, bagi sesetengah spesies cacing, organ seperti kulit, paru-paru dan otak menjadi sasaran memandangkan mereka boleh memasuki salur darah.
Cara mengelakkan simptom ini daripada menjadi teruk adalah dengan melakukan pembasmian cacing menggunakan ubat yang kebiasaannya boleh dibeli di farmasi.
Walau bagaimanapun, digalakkan bagi setiap individu untuk mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan untuk mengelakkan komplikasi.
Ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis ubat cacing yang mempunyai tahap keselamatan yang berbeza.
Ada juga populasi individu yang boleh mengalami interaksi tidak selamat jika diambilnya sejenis ubat yang spesifik. Contoh kepada populasi tersebut adalah mereka yang sedang hamil.
Cegah dan rawat guna ubat cacing Dewasa
Saranan rutin pemeriksaan dan pengambilan ubat tersebut adalah pada durasi 6 bulan sekali, namun jika anda dijangkiti, pembasmian perlu dilakukan dengan lebih kerap.
Mereka yang tidak menunjukkan simptom juga digalakkan untuk menjalani pemeriksaan saringan.
Ini berikutan kebanyakan mereka yang mendapat masalah kecacingan pada fasa awal tidak menunjukkan sebarang simptom.
Rawatan awal dapat menyelamatkan anda daripada mendapat sebarang komplikasi kesan daripada masalah kecacingan tersebut.
Selain itu, kawasan persekitaran tempat duduk anda perlu dijaga dengan baik. Kesan ubat yang optimum sukar didapati jika anda masih tidak memasak daging dengan baik, tidak mencuci tangan sebelum makan dan berkaki ayam semasa berjalan di atas permukaan yang kotor.
Pastikan:
Anda membasuh buah dan sayur dengan bersih.
Memasak daging dan ikan dengan sempurna.
Basuh tangan sebelum makan.
Minum air yang dimasak atau ditapis sahaja.
Penapis air diselenggara dengan baik.
Haiwan peliharaan dalam keadaan bersih.
Melakukan pembasmian cacing dalam kalangan haiwan peliharaan.
Menggunakan sarung tangan sebelum membersihkan tinja haiwan peliharaan.
Basuh tangan selepas memegang haiwan.
Pentingnya ubat cacing dewasa
Jika anda merasakan bahawa orang dewasa tidak perlu mengambil ubat cacing dewasa, fikirkan semula. Komplikasi daripada kesan jangkitan cacing boleh menurunkan produktiviti, meningkatkan kebarangkalian untuk dijangkiti oleh penyakit lain dan secara keseluruhan, anda akan mengalami penurunan kualiti hidup. Oleh itu, ambillah ubat cacing dewasa dengan segera.
Cacing Jarum
Definisi
Apakah itu jangkitan cacing jarum?
Jangkitan cacing jarum merupakan sejenis jangkitan cacing yang paling lazim dijumpai di dalam tubuh manusia. Cacing jarum adalah kecil dan panjang. Mereka berwarna putih dan panjangnya kurang daripada setengah inci. Jangkitan cacing jarum, juga dikenali sebagai enterobiasis atau oxyuriasis yang juga merupakan jangkitan cacing paling banyak terjadi kepada manusia di Amerika Syarikat. Jangkitan cacing jarum amat mudah untuk merebak. Mereka selalunya menjangkiti kanak-kanak berusia 5 ke 10 tahun, penduduk yang mendiami sesebuah institusi, dan mereka yang selalu berhubung dengan golongan yang telah dinyatakan. Rawatan yang berkesan terhadap jangkitan cacing jarum ialah dengan ubat, meskipun begitu jangkitan mungkin berlaku semula. Komplikasi yang serius dan kesihatan yang terjejas untuk jangka masa yang panjang adalah jarang berlaku.
Apakah kebarangkalian jangkitan cacing jarum?
Jangkitan cacing jarum berlaku di semua tempat di dalam dunia. Ia merupakan jangkitan cacing yang paling popular di dalam negara maju. Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apakah simptom-simptom cacing jarum?
Simptom-simptom yang biasa terjadi ialah:
Kegatalan di kawasan kemaluan dan dubur
Insomnia, rimas dan gelisah
Sakit perut yang berulang dan loya
Cacing jarum selalunya tidak menunjukkan simptom
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Bilakah saya harus berjumpa doktor ?
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Apakah punca jangkitan cacing jarum?
Jangkitan cacing jarum sangat mudah untuk merebak. Anda boleh dijangkiti cacing jarum dengan menelan (atau menarik nafas) telur cacing jarum dengan tidak sengaja, yang selalunya terdapat pada objek yang disentuh oleh pesakit yang mempunyai cacing jarum.
Kitaran jangkitan bermula dengan pesakit termakan telur cacing yang halus ini.
Apabila telur masuk ke dalam tubuh anda, ia akan tersimpan di bahagian usus sehingga ia matang dan menetas. Cacing jarum betina yang dewasa akan pergi ke usus besar dan keluar daripada badan melalui lubang dubur. Cacing jarum betina akan bertelur ke dalam kulit sekitar lubang dubur yang terlipat. Kewujudan telur ini selalunya akan mengakibatkan kegatalan dan rasa rimas di kawasan dubur.
Apabila seseorang itu menggaru kawasan yang dijangkiti, telur cacing jarum akan berpindah ke celah kuku dan jari. Telur tersebut boleh bertahan selama beberapa jam di tangan anda. Jika pesakit menyentuh cadar, baju, tempat duduk tandas, mainan atau barangan rumah yang lain, telur akan berpindah ke objek tersebut. Telur cacing jarum boleh bertahan di permukaan objek sehingga tiga minggu.
Kanak-kanak memindahkan telur cacing jarum dengan mudah kerana mereka mungkin meletakkan mainan atau objek lain ke dalam mulut. Telur ini juga boleh berpindah dari jari yang terkena ke dalam makanan atau minuman. Meskipun perkara ini jarang berlaku, ia juga mungkin terjadi kepada orang dewasa yang menyedut udara yang terkandung telur cacing apabila mengibarkan cadar, tuala atau baju.
Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap jangkitan cacing jarum?
Terdapat banyak faktor risiko penyakit ini, di antaranya:
Kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan, prasekolah atau sekolah rendah
Ahli keluarga atau penjaga kepada individu yang dijangkiti
Indivdu yang tinggal di institusi atau kawasan yang padat
Kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak mengamalkan amalan membasuh tangan sebelum makan
Kanak-kanak yang suka menghisap ibu jari
Diagnosis dan rawatan Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Bagaimanakah jangkitan cacing jarum didiagnosis? Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai jangkitan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan ujian tertentu akan dinasihatkan oleh doktor anda. Ujian pita adalah cara yang paling berguna untuk mendiagnosis jangkitancacing jarum. Ujian pita dijalankan dengan mengambil secebis pita perekat dan menekan kawasan yang bergam ke kulit sekitar lubang dubur. Selalunya cacing jarum akan keluar semasa pesakit tidur, anda seharusnya menjalankan ujian ini semasa bangun tidur pada waktu pagi. Jika telur tersebut ada, ia akan melekat di pita perekat. Ambil pita tersebut dan beri pada doktor anda untuk meletakkan di bawah slaid dan diperhati di bawah mikrosop untuk melihat samada ia mengandungi telur cacing jarum. Aktiviti rutin di waktu pagi, seperti mandi atau menggunakan tandas, boleh menghilangkan telur daripada kulit anda, maka keputusan ujian pita adalah paling petang sekiranya dijalankan semasa anda bangun pagi. Pihak CDC mengesyorkan supaya anda melakukan ujian pita sebanyak tiga kali, pada tiga pagi yang berturutan, untuk meningkatkan kebarangkalian untuk menjumpai telur cacing jarum. Bagaimanakah jangkitan cacing jarum dirawat? Untuk merawat jangkitan cacing jarum, doktor anda mungkin akan mengesyorkan ubat tersedia di kaunter pyrantel pamoate (Reese’s Pinworm Medication, Pin-X) atau mempreskripsikan ubat kepada ahli keluarga yang lain bagi mencegah jangkitan dan jangkitan semula.
Ubat yang paling biasa diberikan bagi anti parasit adalah:
Mebendazole
Albendazole (Albenza)
Anda mungkin mempunyai kesan sampingan kepada perut semasa rawatan diberikan, dan anda selalunya perlu mengambil sekurang-kurangnya dua dos untuk menghapuskan cacing jarum sepenuhnya.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani jangkitan cacing jarum?
Berikut adalah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin boleh membantu anda:
Membasuh di waktu pagi Oleh kerana cacing jarum bertelur di waktu malam, membasuh kawasan dubur pada waktu pagi akan membantu mengurangkan jumlah telur cacing jarum di badan anda. Mandi juga boleh membantu mengelakkan jangkitan semula di dalam air mandian. Menukar pakaian dalam dan cadar setiap hari Ini membantu membuang telur cacing. Membasuh menggunakan air panas Membasuh cadar, pakaian malam, pakaian dalam, kain dan tuala menggunakan air panas membantu membunuh telur cacing jarum. Mengeringkan pakaian mengunakan haba yang tinggi.
Jangan menggaru Elakkan menggaru kawasan dubur. Potong kuku anak anda bagi mengurangkan ruang untuk telur terkumpul. Elakkan menggigit kuku.
Membasuh tangan anda Bagi mengurangkan risiko anda untuk mendapatkan jangkitan, basuh tangan anda dengan sempurna selepas membuang air besar atau menukar lampin dan sebelum makan.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung kami untuk memahami penyelesaian terbaik .
HUBUNGGI KAMI DI TALIAN : 07 7719210
WHATSAPP KAMI : KLIK LINK
NO.14,JALAN SERI IMPIAN 8/1A , IMPIANA SQUARE , BANDAR SERI IMPIAN ,
86000 KLUANG JOHOR .
Comments